Selamat Pengantin Baru

Homestay Parit Raja telah dipilih untuk menjadi rumah penanggah untuk pengantin lelaki. Selamat pengantin baru untuk En Najib dan Pn Nureftika Isniza.

Ruang makan

Ruang makan yang luas dan selesa. Membangkitkan selera makan.

Tetamu homestay

Pasukan Pencak Silat Universiti Teknologi Malaysia. Menyertai Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 di pusat beli belah Square One Batu Pahat.

Bilik tidur utama

Selesa, menarik dan ceria

Tetamu homestay

Rombongan dari SK Sri Pulai. Menyertai pertandingan kesenian dan kebudayaan peringkat negeri Johor.

Ruang tamu

Sesuai untuk bersantai sambil menonton televisyen.

Tetamu homestay

Rombongan pengantin Juara Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia musim ketiga. Selamat pengantin baru untuk Pn. Nor Syafiqah Syahirah dan pasangannya.

Ruang luar homestay

Dua tempat letak kereta berbumbung.

Tetamu homestay

Pasukan Ragbi SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Menyertai pertandingan ragbi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM).

Tetamu homestay

Homestay Harmoni telah dipilih oleh pelajar UTHM untuk menyiapkan projek IT. Penghargaan untuk Cik Norshazwani, Siti Nafisah, Normizan, Siti Fadhilah, Norhafiza, Che Nurul Shuhada dan Norazrena.

Homestay Parit Raja, Homestay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. Homestay ini merupakan sebuah homestay/ rumah tamu/ rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat. Homestay ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Homestay ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Klinik Putra, Al-Ikhsan, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
En Sham (012-736 3269)
Pn Wati (012-740 9224)
En Fazil (012-769 5985)

Video tentang Homestay: