Rombongan Pencak Silat UTM

Pasukan Pencak Silat UTM menginap di Homestay Harmoni, Parit Raja
600 mahasiswa beradu tenaga
SERAMAI 600 pesilat mahasiswa dari dalam dan luar negara termasuk Eropah akan menyertai Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 di pusat beli belah Square One Batu Pahat pada 17 hingga 22 September ini.

Kejohanan tahunan itu anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM) dan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka).

Penolong Naib Canselor UTHM, Prof Ir Dr Amir Hashim Mohd Kassim berkata, kejohanan edisi ketiga itu turut menerapkan sesi pembelajaran bersama guru seni silat Melayu asli di sekitar Batu Pahat. “Peserta, terutamanya dari luar negara seperti Eropah berpeluang mendalami ilmu persilatan daripada pengamal silat tradisional selain melawat gelanggang silat di kampung-kampung dan Muzium Silat, dua tiga hari sebelum pertandingan bermula,” katanya.

Malaysia selaku juara bertahan bagi kategori pengajian tinggi antarabangsa dicabar sembilan negara iaitu Belanda, Belgium, Brunei, Indonesia, Laos, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam. “Tahun ini kami meraih sambutan baik dari universiti luar negara berbanding tahun lalu dengan hanya tiga negara asing mengambil bahagian iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand,” katanya.
“Para peserta, terutamanya dari luar negara seperti Eropah, akan berpeluang untuk mendalami ilmu persilatan daripada pengamal-pengamal silat tradisional, di samping melawat gelanggang silat di kampung-kampung dan Muzium Silat, dua tiga hari sebelum pertandingan bermula,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya Malaysia selaku juara bertahan bagi kategori pengajian tinggi antarabangsa akan dicabar sembilan negara iaitu Belanda, Belgium, Brunei, Indonesia, Laos, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam.

“Tahun ini kita meraih sambutan yang amat memberangsangkan daripada universiti luar negara berbanding tahun lepas, dengan hanya tiga negara asing mengambil bahagian iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Ini menunjukkan bahawa kejohanan ini boleh pergi lebih jauh dan KPT akan mengambil peluang untuk mempromosikan universiti tempatan sebagai hab pendidikan di rantau ini,” katanya. — Bernama